» Blog Archive Qalish.com

Qalish.com

The Power of Knowledge

Morning sickness 5a.m.

Published on Nov 04 2011 // Uncategorized
“Celik mata jer terus buat larian pecut ke toilet,mengeluarkan segala isi perut..”
     Itulah yang terjadi pada awal pregnancy. Morning sickness.Kata orang itu tanda baby bertindak balas positif dan otaknya sedang berkembang.Huhuhu tapi seksanya Tuhan je la tahu.Bayangkan pagi-pagi,belum makan ape-ape just air semata-mata. Hah itulah yang membuatkan segala urat-urat perut,belikat rasa macam terbelit-belit.
    Semenjak praktikal bermula,aku akan bangkit seawal jam 5pg menyediakan sarapan dan bersiap-siap.Maklumlah aku perlu bergerak keluar dari rumah seawal jam 6.30 pagi kalau tidak huh sangkut dalam jammed je lah.Hah time-time 5pg ni lah,aksi pecut akan bermula. Celik aje mata terus rasa loya dan terus memecut ke toilet.Kadang-kadang tak ada apa-apa pun yang keluar,just angin jerk.Tapi itulah yang seksa.
  Pernah sehari,aku tak muntah. Seharian aku rasa sakit-sakit badan,moody dan nak ngamuk aja. Pening kepala tok sah lah nak kate,rase macam nak aje hentak-hentak kepala.Badan dah memang for sure tak ada bau perfume lagi dah.Semuanya melekat dengan bau minyak Yu Yee cap limau.Huhuhu sudah lah husband kureng skit ngan bau minyak angin ni..Tapi apakan daya,isteri terchenta perlukannya.Serius,sehari tak kena morning sickness mesti rasa tension.Kalau kene morning sickness pulak terasa dunia berputar-putar,urat perut dan belikat pon berbelit-belit. Jap lagi nak berdiri tegak,memerlukan masa yang agak lama.Kalau tidak,tunggu je lah bunyi derap-derap di bahagian belakang.
  Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan ke-4 morning sickness dah tak ada.kadang-kadang jer.Itu pun kalau malam tadi aku terlupa nak minum susu.Pendek kata aku perlu makan sepanjang masa dan tak boleh biarkan perut kosong. :)
|kene morning sicknessloya seharianloya tapi tak muntahseksanya morning sickness|
Subscribe to our RSS Feed! Follow us on Facebook! Follow us on Twitter! Visit our LinkedIn Profile!