» Blog Archive Qalish.com

Qalish.com

The Power of Knowledge

KOBIS CINA, KOBIS BUNGA & KOBIS BULAT

Published on Oct 09 2011 // Uncategorized

KOBIS CINA, KOBIS BUNGA & KOBIS BULAT

KOBIS CINA:

Kobis Cina (Brassica campestris L.) adalah juga dikenali sebagai kobis panjang atau sawi putih.  Sayuran ini kaya dengan vitamin A, B, C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Kobis cina termasuk dalam sayuran jenis ‘Curicifer’ yang dipercayai berasal dari negeri China.  Tanaman ini popular di kalangan pekebun-pekebun pada tanah tinggi dan tanah pamah/rendah.

 

Jenis:

Terdapat dua jenis yang biasa ditanam iaitu:-

1.      Jenis Tanah Tinggi (Brassica campestris vari. pekinensis):
Jenis ini mempunyai daun-daun yang panjang.  Apabila pokok besar, daun-daun muda akan membentuk bungkah yang padat.
2.      Jenis Tanah Pamah/Rendah (Brassica campestris var. chinensis):
Jenis ini mempunyai daun-daun yang pendek.  Daun-daunnya yang muda akan membentuk bungkah yang kurang padat dan kecil apabila pokok cukup besar.
Tanah

Kobis cina sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah peroi dan tanah liat ringan.  Kawasan ini juga perlu mendapat cahaya matahari yang cukup dan mempunyai saliran sempurna.  pH tanah yang sesuai ialah diantara 5.0 – 6.5

 

Menyedia batas

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm.  Kemudian sediakan batas berukuran 75-90 cm lebar, 25-30 cm tinggi dan 7.5m panjang.  Jarak antara atas ialah 40 cm.

 

Semaian

Kobis cina ditanam dengan menggunakan biji benih.  Kawasan yang luasnya 0.4 hektar (1 ekar) memerlukan lebih kurang 0.5-0.8 kg. biji benih.  Biji benih ini boleh ditabur terus ke atas batas atau disemai dahulu di tapak semaian.  Selalunya cara semaian lebih elok dijalankan kerana kita dapat memilih pokok-pokok yang sihat dan subur untuk diubah ke batas tanaman.

Buat tapak semaian yang berukuran 1 m lebar dan 3 m panjang  Taburkan biji benih yang telah dirawat dengan racun kulat seperti thiram atau benomyl dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.  Gaulkan biji benih ini dengan pasir halus/tanah peroi dan barulah ditabur di tapak semaian.  Tutup tapak semaian dengan lalang kering ataupun pelepah kelapa dan siramkan air.  Biji benih akan mencambah selepas 3-4 hari ditabur.  Buangkan daun penutup tapak semaian supaya tidak mengganggu pertumbuhan seterusnya.

 

Mengubah

Ubah anak benih apabila telah mempunyai 4-5 helai daun, iaitu kira-kira empat minggu selepas disemai.  Sebelum mencabut anak benih, siram tapak semaian secukup-cukupnya.  Seelok-eloknya cabut anak benih bersama dengan tanah di sekelilingnya.  Ini dapat mengelakkan kerosakan akar dan mempastikan anak benih itu tidak terencat pertumbuhannya selepas diubah ke batas tanaman.  Hanya anak-anak benih yang sihat sahaja diubah ke ladang.  Ubah semasa cuaca redup atau pada waktu petang hari.  Siramkan air setelah mengubah anak benih.

Jenis tanaman

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 15 cm antara pokok dan 20 cm antara baris.

 

Penjagaan

  • Sungkupan
    Letak rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering di permukaan batas sebagai sungkupan.  Ini bertujuan  untuk mengekalkan kelembapan tanah dan melambatkan pertumbuhan rumpai.  Ia juga dapat mengurangkan hakisan.  Sungkupan yang telah reput akan menambah kandungan bahan organan ke dalam tanah.
  • Membaja
    Baja organan (serbuk udang, tahi ayam dan sebagainya) adalah sesuai untuk tanaman kobis di beberapa kawasan. Baja campuran dan baja urea juga digunakan sebagai baja permukaan.  Bagi tanah mineral, program pembajaan seperti berikut boleh diamalkan.  Tabur baja di antara lorong-lorong pokok.

Masa Membaja

Jenis Baja

Kadar Pembajaan /
0.4ha

Semasa mengubah Baja organan (serbuk udang) 180 – 240 kg (12 – 15 gm/pokok)
Minggu pertama (NPK Mg) Baja campuran (12:12:17:2 + TE) 99 – 124 kg/04 ha.
  Baja organan (serbuk udang) 180 – 240 kg (12 – 15 gm/pokok)
Minggu ketiga (NPK Mg) Baja campuran (12:12:17:2 + TE) 99 – 124 kg
Minggu kelima Urea 9 – 22 kg
Minggu ketujuh Urea 9 – 22 kg

 

  • Menyiram
    Kobis cina memerlukan air yang banyak untuk membesar terutama di peringkat awal pertumbuhannya.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hari hujan.
  • Merumput
    Kawalan rumpai sangatlah diperlukan.  Bersihkan batas daripada rumpai sepanjang masa untuk memastikan hasil yang lumayan.  Merumput boleh dilakukan dengan tangan atau cangkul.
  • Menyembur racun
    Penyemburan racun adalah penting untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.  Semburan perlu dilakukan di peringkat tapak semaian lagi jika terdapat serangan serangga.  Hentikan semburan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hasil dipungut.

 
MUSUH DAN PENYAKIT KOBIS


Musuh dan tindakan perlu diambil:

1.      Ulat plutella (Plutelia xylostella L.)
Ulat memakan epidermis bahagian bawah daun terutama pada kobis muda.  Daun-daun yang telah diserang menunjukkan lubang-lubang tembus cahaya.  Jika serangan teruk, tunas kobis akan terbantut. Sembur racun Bacillus thuringiensis.  Serbuk yang dibancuh dengan kadar 50 mg dalam seliter air.  Gilirkan tanaman dengan tanaman jangka pendek.  Sembur racun serangga seperti Permethrin (0.07% bahan aktif), Carbaryl, trichlorphon dengan kadar 0.1% bahan aktif Fermethrin (0.07% bahan aktif), triazophos (0.15% bahan aktif) dan Acephate (0.075% bahan aktif.)
2.      Webworm Kobis (Hellula undalis F.)
Ulat ini memakan daun dan selalunya merosakkan tunas. Menyerang kobis di semua peringkat.  Larva yang kecil memakan epidermis di bawah daun.  Larva yang besar mengorek batang, daun dan tunas.  Akibat serangan serangga, tunas kepala tidak terbentuk.  Sembur selang 4-7 hari dengan racun seperti trichlorphon 0.1% bahan aktif.

3.      Ulat pangkas (Agrotis ypsilon, Rott)
Ulat memotong batang anak benih muda di paras permukaan tanah dan memakan daunnya.  Serangga ini gemar kawasan tanah lembab oleh kerana peringkat larva tinggal di dalam tanah. Letak umpan seperti trichlorphon yang dicampur dengan dedah di keliling batang anak-anak benih.  Sembur racun serangga seperti trichlrphon pada kadar 0.1% bahan aktif di sekeliling anak-anak benih.
4.      Ulanah / ulat ratus (Prodenia litura) (Spodoptera litura)
Ulat memakan daun dan mengorek masuk ke dalam tunas.  Ia juga menyerang semua peringkat tanaman kobis. Jika tanaman muda diserang dengan teruk, tunas kepala tidak akan terbentuk. Sembur racun serangga seperti trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif. Ulang semburan tiap-tiap dua minggu bila bunga atau kepala sudah terbentuk.
5.      Kumbang kutu (Phyllotreta sinuate Ateph.)
Peringkat larva, merupakan peringkat yang paling merosakkan.  Larva yang baru menetas akan bergerak terus ke dalam tanah dan memakan akar di pangkal anak benih.  Kumbang dewasa memakan daun yang mengakibatkan permukaannya berlubang-lubang halus.  Sembur racun serangga seperti carbaryl, diazinon atau trichlorphon pada kadar 0.1% bahan aktif.  Sembur pada tiap-tiap batas, selang 4 hari sekali.
6.      Bena / Kutu Daun
Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.  Ada yang bersayap dan ada yang tidak.  Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.  Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun.  Kutu membiak dengan kadar yang cepat.  Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.  Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.  Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati.  Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.


PENYAKIT KOBIS:

1.      Reput lembut (Erwinia carotovora) 
Akar dan batang menjadi lembut dan berair, menyebabkan pokok layu.  Akhirnya batang dan akar menjadi reput dan berbau busuk.  Tiada kawalan kimia.  Amalkan tanaman bergilir, elak melukakan pokok dan tanam di tanah yang baik salirannya.
2.      Akar tongkol (Plasmodiophora brassicae) 
Akar menjadi bengkak atau berbongkol-berbuku dan menjadi busuk.  Cabut pokok yang berpenyakit, kawal rumpai, buatkan saliran yang elok dan sembur racun seperti calomel atau vapam dengan kadar 0.1% bahan aktif sebelum menanam.
3.      Bintik daun (Cercospora spp.) 
Daun-daun berbintik perang.  Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50oC.
4.      Reput hitam (Xanthomonas campestris) 
Penyakit ini kerap terjadi.  Di awal serangan terdapat lekok hitam di bahagian tepi daun dan akan merebak keseluruhan daun.  Urat-urat daun menjadi perang tua atau hitam.  Seluruh daun akan menjadi kuning dan gugur.  Bahagian dalam batang dan sistem akar menjadi hitam.  Jaga kebersihan kawasan.  Rawat biji benih dengan air panas selama 20 minit pada suhu 50oC.
5.      Reput daun (Corticium solani) 
Kulat merebak dengan cepatnya melalui sentuhan menyebabkan daun-daun menjadi reput.  Serangan selalunya teruk di musim hujan.  Cabut dan buang pokok yang diserang.

 

Memungut Hasil

Kobis cina boleh mula dipungut 42-49 hari selepas mengubah.  Pungut kobis yang matang dengan cara memotong pangkal batangnya dan tinggalkan 3-4 hedai daun bingkai pada tunggul kobis itu.

 

KOBIS BULAT (tanah pamah)
Sejenis tanaman 2 musim yang menghasilkan daun-daun yang tumbuh rapat.  Batangnya mempunyai antara ruas yang padat dan rapat.  Mempunyai ciri-ciri dari segi bentuk, saiz, warna daun yang berbeza-beza antara varieti.

 

Varieti
Varieti yang sesuai ditanam di tanah pamah ialah seperti beriktu:-

 

  • KK Cross
    Pungutan hasilnya ialah 60-65 hari selepas mengubah, toleren pada panas, saiz kepada 1.0-1.6 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih di bahagian dalam, kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 20-30 tan/hektar.
  • US Tropical
    Pungutan hasilnya ialah 65-70 hari selepas mengubah, toleren pada panas,
    saiz kepada 1.0-1.8 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian dalam, kepala sederhana kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.

 

  • Autumn Queen
    Hasil boleh dipungut 75-80 hari selepas mengubah, toleren pada panas,
    saiz kepada 1.0-1.5 kg, warna kepalanya ialah hijau muda  di bahagian tengah dan   epala kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.
  • Eiyu
    Selepas 65-70 hari diubah, hasilnya boleh dipungut (65-70 hari seleaps mengubah), toleren pada panas, saiz kepada 0.9-1.0 kg, warna kepalanya ialah hijau muda ke putih kekuningan di bahagian tengah, kepala kompak, hasilnya adalah 15-25 tan/hektar.

 

 

Iklim dan Tanah:
Walaupun ia merupakan sejenis tanaman iklim sederhana, hibrid-hibrid telah dapat menyesuaikan diri di kawasan panas.  Ia tidak digalakkan ditanam pada musim hujan.  Kobis boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Pertumbuhan kobis adalah subur di tanah yang lembab serta mempunyai pengairan yang cukup.  Tanah gembur yang kaya dengan bahan organan dan pH diantara 5.0 – 6.5 akan memberi hasil yang tinggi.

 

Penyediaan Tanah:
Tanah dibajak dan digembur sedalam 20-25 sm.  Kemudian batas berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 sm tinggi disediakan.  Baja organan sebanyak 6 kg/batas (4 tan/hektar) digaulkan dengan tanah di atas batas, sebelum menanam.

 

Menanam:
Sama kaedah seperti menanam flokoli, brokoli dan kubis bunga di atas.

 

Pembajaan:
Baja kapur sebanyak 2.5 tan/hektar, perlu ditabur semasa membajak tanah sekiranya pG di bawah 5.0.  Kadar   Kadar pembajaan yang disyorkan untuk tanaman kobis adalah seperti berikut:-

 

 

Pusingan

Masa

Jenis Baja

Kadar/batas
(7.5 x 1.2 m)

Kadar/Hektar
(650 batas)

1
2
3
4

Sebelum menanam
2 minggu selepas mengubah
4 minggu
6 minggu

Baja organan
NPK 12:12:17:2

NPK 12:12:17:2

NPK 12:12:17:2

6 kg
0.3 kg
0.6 kg
0.6 kg

4 tan

200 gg
400 kg
400 kg


Pengairan:

Kobis memerlukan pengairan yang cukup semasa tumbesaran pokok.  Penyiraman air satu kali sehari secara manual atau sistem pengairan renjis disyorkan terutamanya selepas mengubah dan di pringkat anak pokok masih muda.

 

Pengawalan Rumpai:

Untuk mengelakkan rumpai, gula racun rumpai pracambah sepertio Alachlor, disembur pada kadar 4 liter/hektar ke atas batas, 2-3 hari sebelum mengubah.   Satu pusingan merumput secra manual diperlukan selepas ini.  Rumpai di keliling batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat (1 liter/hektar)  Penggunaan sungkupan plastik adalah digalakkan.

 

Serangga dan Perosak:

 

Ulat Plutella

-

Amalkan tanaman giliran.  Sembur racun Bacillus thuringiensis (Florbac) atau Permethrin (Corsair).
Ulat Ratus

-

Sembur racun Fenvalerate (Sumicidin), jika perlu.
Ulat Jalur

-

Sembur racun Permethrin (Corsair).
Reput Hitam

-

Amalkan tanaman giliran.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.
Reput Berair

-

Amalkan tanaman giliran.  cabut dan musnah pokok yang berpenyakit.
Akar Tongkol

-

Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.  Mengapur untuk meninggikan pH ke 6.5.  Amalkan tanaman giliran. Sembur racun Qiuintozene (Terrachlot)

 
Pengutipan hasil:
Tempoh matang ialah antara 60-80 hari selepas mengubah bergantung kepada varieti.  Apabila matang, warna daun menjadi lebih cerah dan kepala kobis menjadi mampat dan padat.  Bahagian pangkal batang dipotong dan ditinggalkan 2-3 helai daun pembalut.


Pengendalian Lepas Tuai bagi tanaman-tanaman di atas:

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

Spesifikasi Piawaian dan Gred Kubis Bulat

Spesifikasi piawaian dan gred ini akan meliputi kobis bulat (Brassica oleracea var. capitata Linn) bagi tujuan pasaran domestik.  Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya merangkumi kobis bulat yang diiimport dari Indonesia dan kubis bulat Cameron Highlands.  Spesifikasi piawaian dan gred ini hanya digunapakai untuk kobis bulat yang telah dibuat perapian (trimming) yang minimum pada daun pelindung (wrapper leaves) dan tangkai.  Terma-terma yang digunakan akan bermaksud (i) Ringan dan Berongga (ii) Berat dan Padat.

Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-

  • Keragaman varieti
    Mempunyai ciri yang sama dan segi rupa bentuk dan warna di dalam satu-satu lot.
  • Kekotoran
    Tidak terdapat kesan bahan-bahan asing seperti tanah ataupun najis atau terdapat warna selain warna asal kubis, tetapi tidak termasuk kesan kapur untuk pencegahan proses pembusukan.
  • Kerosakan
    Kerosakan fisiologi – kubis retak/merekah/pecah di bahagian tangkai atau kepalanya akibat terlalu tua.
    Kerosakan mekanikal – kelopak daun pecah/koyak/kesan ditebuk akiabt geseran/tercucuk benda.
    Penyakit – terdapat kesan gigitan atau ditebuk serangga perosak pada dedaun kubis/ lain jenis penyakit.

 

Gred

Ketentuan

Kelonggaran (% maksimum)

1

Bebas dari kerosakan
Saiz yang seragam (berat > 1.3 kg)

10
5

2

Bebas dari kerosakan
Saiz yang seragam (berat 0.5 kg – 1.3 kg)

10
5

Luar Gred

Kobis yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

Pengendalian Lepas Tuai:

Pembungkusan dan Perlabelan

  • Pembungkusan

    Kobis bulat daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusasn ialah tidak melebihi 30 kg.

  • Perlabelan

    Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

    - Tarikh
    - Nama / Kod Penanam
    - Nama / Kod Pengeksport
    - No. Kad Pengenalan
    - No. Pendaftaran Syarikat
    - Alamat
    - Komoditi
    - Berat Bersih
    - Gred

Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990  Method of Sampling Fresh Vegetables atau kaedah statistik yang dipersetujui.
KOBIS BUNGA:

Famili : Cruciferae
    Kubis bunga (cauliflower) – Brassica oleracea L. Botryti
Nama Saintifik : Brokoli – Brassica oleracea L. Italica
    Flokoli – kacukan kubis bunga dan brokoli
    Kobis Bulat – Brassica aleracea var. capitata L.

Kubis bunga, brokoli dan flokoli adalah sejenis sayuran yang dikelaskan sebagai sayuran bunga, yang mana bahagian yang dimakan ialah jambak bunga.  Jambak ini mengandungi putik-putik bunga yang masih muda dan tersusun padat di penghujung tangkai dan bentuknya bulat leper.  Selain kubis bunga (cauliflower), brokoli dan flokoli juga tergolong di bawah kumpulan jenis kubis ini.  Spesies asal kubis bunga, brokoli dan flokoli dipercayai terdapat secara liar di kawasn pantai laut Mediterranean dan seterusnya disebar ke Eropah.  Kubis bunga telah mula ditanam di negeri-negeri beriklim sederhana, dan pada masa ini terdapat varieti kubis bunga yang sesuai ditanam di kawasan tropik.

Kubis bunga berwarna putih, manakala bunga brokoli berwarna hijau dan flokoli berwarna kuning kehijauan.  Mengandungi khasiat makanan seperti tenaga, air, protin, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.

 

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

1.      Iklim
Walaupun sesuai ditanam dalam kawasan beriklim tropika, suhu yang agak dingin masih diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optima, seperti kawasan yang melebihi 100 m dari paras laut.
2.      Tanah
Kubis bunga, brokoli dan flokoli memerlukan tanah yang subur, dan mengandungi banyak bahan organan.  Nilai pH yang paling sesuai ialah diantara 6-7.  Disamping itu, tanah perlulah gembur dan mempunyai saliran yang baik.  Sifat-sifat tanah dan kesesuaian untuk kubis bunga, brokoli dan flokoli seperti berikut:-

           Sifat Tanah        Sesuai Sederhana Sesuai
Kecerunan 0 – 6 darjah 6 – 12 darjah
Saliran Tak sempurna salir kesalir Kurang salir dan agak salir kesalir sangat
Kedalaman tanah berkesan > 50 cm 25 – 50 cm
Tekstur dan struktur Selain dari pasir tak
berstruktur dan lempung
Pasir yang tak berstruktur dan lempung
Kemasinan < 1 mmhos 1 – 2 mmhos
Kedalaman lapisan asid
sulfat dari permukaan tanah
> 50 cm 0 – 50 cm
Ketebalan gambut Tiada halangan -
Keberbatuan Tiada halangan batu
di permukaan 25 cm
-
Ketidak seimbangan nutrien Tiada kelebihan nutrien
mikro atau CEC rendah
(<5 meq/100 g tanah)
CEC rendah.

 

KULTIVAR YANG DIYSORKAN

Varieti yang biasa ditanam di tanah rendah adalah seperti berikut:-

  • Kubis Bunga - Sumber Crown, Snow Top, Chia Tai fuji 005
  • Brokoli           -  Green King (553), Early Value (554), No. 108, No. 067
  • Flokoli            – Green Harmony (509)
|khasiat kubis cinakhasiat kubis bungajenis kobisnama saintifik kumbang tahigambar kobis bulatjenis-jenis kobiskhasiat kobis cinajenis-jenis kubiskumbang tahinama saintifik brokolinama saintifik kumbangjenis jenis kobisbiji benih kubispokok kobis youtubegambar kubis cinacara tanam pokok kobisyoutubekhasiat kobis panjangbenih kobiskhasiat kubis putihgambar jenis jenis kobisnama saintifik kobisulat jalurJENIS2 KOBIStanan pokok kobesPOKOK BUNGA KOBISpokok kobiscara tanam pokok brokoliperbezaan pokok bunga kubisjarak tanaman kobisjenis-jenis sayur kobesgambar serangga pada kubisjenis jenis kubisgambar jenis jenis kubiskhasiat kobis bunganama saintifik kumbang tandungKHASIAT KOBIS BULATcara tanam kobis panjangserangga perosak tanaman kubisbotani kobis cinakarbohidrat dalam kobis bulatulat jalur tanaman sayuranbaja yang sesuai untuk kubis bungabenih kobis bulatbentuk kubis bungamenanam kobisbenih kobis bungavarieti kobis yang sesuai untuk tanah pamahtanaman kobis bulatpenyakit akibat serangga ulat plutellanama saintifik kubiskhasihat kobis cinacara menjaga tanaman kobisnama saintifik sayur kubiskobis bulatanak pokok kobistanam kobis panjangpenanaman kubis ungupanduan penanaman kobis bulatpanduan menanam kubisnama saintifik penyakit ulat ratuspam penyembur racunnama saintitfk kubiskubis purplenama saintifik sayur brokolinama saintifik sayur daun kubisnama saintifik kumbang bunganama saintifik kubis ungunama kobis dan gambarnama famili kubis bulatnama bunga kubis cinanama botani kubis bungamencambah benih tanamanmaksut npkkumbang busukkumbang bunga name sainstifiknama kobis putihnama kumbang tahinama lain bagi bunga kubisnama saintifik kubis purplenama saintifik kubis bulatnama sains kumbang busuknama saintifik kobis cina mudanama saintifik kobis bunganama saintifik jenis-jenis kumbangnama saintifik bagi kumbang tahinama lain bagi kubis ungukubis tiada khasiatpenjagaan pokok kubistanam pokok brokolitanam kubis panjangtanam kobis chinatanam kobis bungatanam kobes cinatanah pamah chinatanah lot buat tapak semaianserangga ulat pangkassemaian sawisemai biji benih kobistanam sayur kobistanaman kobis cinawaktu sesuai tanam kobisvideo lagu tanah pamahulat ratus serang pokok sawiulat ratusULAT JALUR kubisulat jalur kobistumbesaran kobisterdapat warna ungu atau purple pada bunga kubistapak semaian anak kubisTanaman Kobis panjangsemai benih kobissayuran baby kubis NAMA SAINTIFIKsayur kobis tanamperbezaan kubis bunga dan kubis bulatperbezaan brokoli dgn kobis bungapenyakit reput akar pada sayuran pdfPenyakit layu kobispenyakit layu anak benih kobisPenyakit akar tongkol kobispenjelasan penyakit (plasmodiophora brassicae )pada sawipenjagaan tanaman brokoli dan kubis dari penyakit dan seranggapenjagaan pokok bunga kubispengertian pluteliaperbezaan kubis cina dan kubis bulatperbezaan kubis ungusaiz pokok kobissaintifik kobis bungaracun serangga tanaman kubisracun kawalan untuk sayur kobisracun kawalan penyakit cili dan kobispokok yang di serang ulat pangkaspokok kobis ungupokok kobis purplepokok bunga kubisperosak kobis bungapembajaan disyorkan untuk cauliflowerjenis sayur chinagambar kubis bulat yg masih kecilgambar kobis panjanggambar jenis brokoligambar bunga kobis bulatdownload gambar kobiscara tanam sayur kobis panjangcara tanam pokok kubiscara tanam kubis panjang cinaCara tanam kubis cinacara tanam kobis bulat di dalam potgambar kubis bungagambar serta cara tanam kobisgambar ulat plutellajenis kubis bulatjenis kubisjenis kobis tanah rendahjenis daun kobisjarak tanan kobisjarak tanaman kubisjarak penanaman kobisjarak menanam kobisjadual penanaman kobisgmbr kubis cinacara supaya kobis cinacara semai sawicara penanaman bunga kubisbeza kobis cinabenih kubis bunga malaysiabenih kobis iklim panasbenih cauliflowerbaja yang sesuai untuk kobisbaja untuk kubis cinabaja untuk bungabahan-bahan mampat dan peroibahan racun ulat plutella dalam pasarananak benih kobis bungabeza sayur kubisbiji benih kobisbiji benih sayur kobescara penamanan kubis cinacara menyemai benih bunga kubis putihcara menanam sayur kobiscara menanam kubis putihcara menanam kubis bulat youtubecara memotong kobiscara membuat tapak semaian benih sayuranbunga kubis tiada khasiatbunga kubis pokokbunga kobis karbohidratadakah kobis bunga sesuai untukkubis nama keluargaKOBIS BUNGA DARI CHAINAkarbohidrat dalam kobis panjangkhasiat kubis purple dan nama saintifikkhasiat kubis panjangkhasiat kubis bulatkhasiat kubiskhasiat kobispanjangkhasiat kobis putihkhasiat flowkolikhasiat flokolikobis bunga dengan kubis adakah benda yang samakobis cinakobis cina di malaysiaKUBIS CAMERONkubis bungakubis bulat varieti kk crosskubis bulat cinakubis bulat chinakod baja bunga kimia tekobis panjang nama saintifikkobis panjang gambarkobis karbohidratkobis jenis daunkhasiat bunga kobis kepada lelakikhasiat bunga kobiskhasiat bunga kobeskandungan karbohidrat dalam kubis cinakandungan karbohidat dalam bunga kobiskaedah pertanian moden mentimunkaedah penanaman bunga kobisjumlah karbohidrat dalam kobis cinajumlah karbohidrat dalam bunga kubisjenis-jenis tanaman kubisjenis-jenis nama kubis dan gambarnyajenis-jenis kubis bulatjenis sayuran jenis kobiskarbohidrat bunga kobiskarbohidrat dalam bunga kubiskarbohidrat dalam kubis bulatkeunggulan tanaman brokoi varietas green king (553)kesesuaian tanam kubis di tanah tinggikelebihan flokolikedalaman tanah untuk sayurkawalan ulat jalur secara mekanikalkawalan penyakit kubis bulatkasiat kobis cinakasiat bunga brassics campestris lkarbohidrat dalam kubis panjangkarbohidrat dalam kubis bungajenis sayur dan nama saintifik|
Subscribe to our RSS Feed! Follow us on Facebook! Follow us on Twitter! Visit our LinkedIn Profile!