LAPORAN SUKAN TAHUNAN
Published on Mar 25 2011 // Uncategorized
TEMA : SEJAHTERA DUNIAKU
Pengenalan
Sukan tahunan peringkat SMKBBSL telah mula dianjurkan oleh pihak sekolah sejak daripada awal pembukaan sekolah ini lagi. Setiap tahun pihak sekolah akan memilih tema yang berlainan. Tema sukan tahunan pada tahun lepas ialah ‘Sejahtera Duniaku’. Tema ini telah dipilih berdasarkan kesedaran pihak sekolah terhadap kepentingan menjaga kesejahteraan dan keharmonian dunia melalui program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Matlamat
Tema sukan tahunan ini bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar seperti langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan serta tanggungjawab setiap manusia terhadap alam sekitar. Walau apa pun aktiviti yang ingin dijalankan, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab perlu memikirkan akibat atau risiko yang bakal dihadapi jika melakukan kerosakkan di muka bumi ini.
Objektif
Sukan Tahunan bertemakan ‘Sejahtera Duniaku’ dianjurkan untuk :
- mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar
- membentuk warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Penilaian dan dapatan Sukan Tahunan bertemakan ‘Sejahtera Duniaku’
|
Tarikh
|
Program
|
Refleksi
|
|
Sukan Tahunan bertemakan ‘Sejahtera Duniaku’
|
- sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang menjadi acara tahunan wajib di SMKBBSL. Ia bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan seperti olahraga dan permainan. Pelajar-pelajar dikehendaki menghias rumah atau khemah sukan masing-masing berdasarkan tema ‘Sejahtera Duniaku’ mengikut kreativiti masing-masing.
- Setiap rumah juga perlu menyediakan tong ‘kitar semula’ untuk mengumpul sampah sarap yang terdiri daripada kertas, botol-botol air mineral,tin-tin minuman dan lain-lain. Ini secara tidak langsung dapat mendidik pelajar tentang kitar semula dan mengelakkan pembaziran.
- Ini juga merupakan usaha pihak sekolah untuk mewujudkan persekiataran lestari di SMKBBSL di mana pelajar dapat menggunakan kembali sampah-sampah yang dibuang dan juga mengelakkan pembaziran.
- Pada masa yang sama, pelajar diterapkan dengan nilai kebersihan apabila pelajar membuang sampah di dalam tempat yang sepatutnya dan menjaga alam sekitar
|










